Belajar Memajak Di Ar Rahnu
Assalamualaikum semua..
Harini, saya nak cerita
sekali lagi tentang Ar-rahnu..bukan ape, sebab masih ramai yang
tertanya2..camne nak pajak kat ar-rahnu ni..ape yang kena bawak, ape yang kena
ade, ape yang itu..ape yang ini..ehehhe..takpe2..kali ni saya cuba ceritakan
secara ringkas dan padat supaya semua orang boleh paham.
ok, mula2, saya nak
cerita dulu tentang pelaburan emas dalam buku akaun. Nak cerita sikit
je..supaya anda nampak beza dengan lebih jelas antara emas dalam buku akaun dan
emas fizikal.
Contoh emas dalam buku
akaun : Public Bank Gold Investment Account, MaybankGoldSavingPassbook Account
(GSPA) dan lain2..
ok, sebenarnya emas fizikal dan emas
buku pelaburan ada kelebihan masing2..cuma didalam teknik ar-rahnu, hanya emas
fizikal saje yang boleh digunakan. Emas dalam buku pelaburan boleh tak boleh
guna cara ini.
Biasanya, teknik ar-rahnu digunakan
bila pemilik emas tersebut memerlukan/nak guna wang pada satu-satu masa
tertentu.
Bila pemilik tersebut nak guna wang,
terdapat dua cara untuk mendapatkan wang, iaitu merompak
sori bukan dengan merompak..hehe..
- menjual emas yang ada padanya
- memajak emas tersebut
Cara pertama iaitu dengan menjual emas, kedua-dua jenis emas pelaburan boleh
gunakan teknik ini.
Situasi pertama
Di mana, bila harga emas sedang
naik, boleh la jual emas yang ada pada kita tu. Dengan cara ini, kita boleh
dapat untung sebab jual pada harga yang tinggi.
Lebih tinggi daripada harga emas semasa kita mula2 beli dulu.
Situasi kedua
Tapi, bagaimana kalau masa kita nak
jual tu, harga emas tengah rendah? Time tengah terdesak nak guna duit, harga
emas turun pulak. Kalau kita jual time tu, kita akan rugi.
Betul tak?
Situasi ketiga
Kita sayang nak jual emas tu, sebab
masa kita beli tahun lepas atau 2-3tahun lepas harga emas tu baru dalam
RM100-120/gram. Tapi sekarang ni dah RM140/gram..Kalau kita jual emas ni
sekarang, nanti nak beli balik harga emas dah naik..so makin mahal..
Jadi, jika anda sayangkan emas
tersebut maka teknik ar-rahnu memainkan peranan
penting disini.
Sehingga kini, ar-rahnu yang terbaik
adalah AGRO Bank.
- Sebab Agro Bank tawarkan nilai yang lebih tinggi dari ar-rahnu lain
- Sebab Agro Bank terima semua jenis emas jongkong, syiling, barang kemas.
- Tapi malangnya sehingga kini semua ar-rahnu x terima emas dalam buku pelaburan
p/s: jadi kepada pemilik emas dalam
buku pelaburan, memang teknik ni x sesuai untuk anda. Tapi takpe, boleh belajar
untuk tambah ilmu.
Jadi, apakah keperluan yang anda
perlu tahu sebelum nak pergi pajak kat ar-rahnu Agrobank?
- Bawa Kad pengenalan
- Kena ada akaun di Agro Bank (kalau takde, cuma perlu buka akaun RM20 saja minimum)
- Bawa Emas yang nak dipajak
- Kalau emas tu ada sijil dia, bawa bersama
ok, kalau sebelum ni, harga emas 999
kalau nak pajak kat AGRO Bank cuma RM118.20/gram
Lepas tu, harga emas yang saya pajak
untuk emas 999 dah naik, saya pun x sedar bila dia naik, tapi yang pasti masa
saya pajak masa tu dalam bulan jun ke bulan julai camtu, dah naik jadi RM126/gram.
Nak tunjuk contoh pon saya dah pergi
tebus dah emas tu..hehe
Lepas tu, 2-3 hari nak raya, saya
pergi pajak lagi..maklum la..nak raya nak guna banyak duit
Kali ni, masa saya pajak tu, harga
emas dah naik jadi RM148.50/gram
Ok jom kita tengok
contoh pengiraan nilai pajakan emas tersebut.
ok, macam mana nak kira?
ok, macam mana nak kira?
harga emas untuk 999
yang ditawarkan oleh AGRO Bank = RM148.50/gram
Berat emas yang saya
pajak = 100gram
Nilai Marhun = Nilai emas saya
= RM148.50 x 100gram
= RM14,850.00
Jika ini adalah pajakan
pertama, saya hanya layak untuk meminjam 60% sahaja dari Nilai Marhun
Memandangkan pajakan ini
bukan pajakan pertama saya, jadi saya boleh pinjam sehingga 70% dari Nilai Marhun emas saya.
Jadi, saya layak untuk
meminjam,
75% x RM 14850
= RM11,137.50
tapi kalau anda lihat
nilai pinjaman saya di atas hanya RM10,000.00 saja kan? Sebenarnya
saya saje je minta RM10,000.00 Jadi terpulang kepada kita nak pinjam brapa
banyak cuma maksimum pinjaman adalah RM11,137.50
ok, macamana kira upah simpan?
ok, macamana kira upah simpan?
Upah simpan kita telah ditetapkan
hanya RM0.60sen untuk setiap RM100 nilai emas kita (nilai marhun)
Sebab nama pun UPAH SIMPAN jadi, dia akan caj upah untuk dia
simpan emas kita tu bukan ikut brape banyak yg kita pinjam.
jadi, pengiraannya macam ni;
RM14850.00 (nilai marhun) x
0.60sen(upah simpan) bahagi RM100 (sebab untuk setiap RM100)
= RM 89.10/bulan
disebabkan kita boleh meminjam
sehingga 6 bulan pertama, jadi anda boleh lihat
nilai upah simpan kat gambar diatas adalah RM534.60
(RM89.10 x 6 bulan)
Kalau anda lihat, ansuran bulanan
saya adalah sebanyak RM1666.66 yang ni tak termasuk upah simpan lagi.
sebenarnye terpulang pada kita, nak bayar RM1666.66 setiap bulan ke, atau nak
bayar rm2000.00 setiap bulan ke..atau xmo bayar langsung tapi dah cukup 6 bulan
baru nak bayar pon boleh jugak..bayar sekaligus RM10,000.00 + RM534.60 untuk
upah simpan 6 bulan.
Tapi, kalau kita x mampu bayar untuk
jangka masa 6 bulan, boleh di ‘extend’ lagi selama 3 bulan, kalau x mampu lagi
boleh lagi di ‘extend’ untuk 2 bulan lagi..jadi total semua 11 bulan la..cuma
upah simpan tu kena kira balik untuk 11 bulan..ada pahammm??
No comments:
Post a Comment