Saturday 26 March 2016

JAPAN.......WAIT FOR ME!!!!!!!!!!


1.Shinjuku Gyoen National Garden

tempat-menarik-di-jepun  tempat-menarik-di-jepun

Shinjuku Gyoen National Park adalah antara taman tradisional yang tertua di Jepun. Di taman ini terdapat pelbagai tarikkan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Di dalam taman ini juga terdapat beberapa taman utama iaitu French Garden dan English Garden. Taman ini akan adalah kawasan tarikkan utama masyarakat Jepun untuk bersantai bersama keluarga pada musim bunga sakura. Selain itu, pada musim luruh pula bunga di taman ini akan berubah warna menjadi kuning keemasan dan pemandangan pada waktu ini adalah amat cantik.

2. Sensoji Temple dan Nakasime Street

tempat-menarik-di-tokyo  tempat-menarik-di-tokyo  tempat-menarik-di-tokyo
  
Sensoji Temple juga dikenali sebagai Asakusa Cannon temple adalah sebuah kuil Budha yang terletak di Asakusa. Sensoji Temple adalah merupakan kuil yang tertua di Tokyo. Selepas memasuki pintu gate utama kuil ini iaitu Kaminarimon (Thunder Gate), sepanjang perjalanan hingga ke pintu gate kedua Hozomon, terdapat deretan kedai cenderahati yang dipanggil Nakasime Street. Deretan kedai ini menjual pelbagai cenderahati tradisional Jepun yang unik dan menarik.

3. Tokyo Disneyland dan Disneysea

tips-tokyo-disneyland  tips-tokyo-disneysea

Tokyo Disneyland adalah sebuah taman tema yang dibina berdasarkan filem yang dihasilkan oleh Walt Disney. Taman tema ini dibina pada tahun 1983 dan merupakan taman tema Disneyland pertama yang berada di luar Amerika Syarikat. Manakala Tokyo Disneysea pula adalah taman tema fantasi yang dibina berdasarkan lagenda laut. Berbeza dengan Disneyland yang lebih cenderung ke arah golongan kanak-kanak, Disneysea dibina bertujuan untuk menghiburkan pelawat golongan dewasa.

4. Shibuya 

tempat-wajib-pergi-tokyo  tempat-wajib-pergi-tokyo

Shibuya adalah antara 23 bandar utama di Tokyo dan terkenal sebagai kawasan membeli-belah dan hiburan. Shibuya juga terkenal dengan kawasan persimpangan lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia yang dikenali sebagai Shibuya Crossing. Di Shibuya terdapat pelbagai butik pakaian yang menarik dan merupakan pusat bagi fashion remaja dan budaya. Selain itu, terdapat sebuah tugu anjing yang terkenal sebagai tempat perjumpaan bagi masyarakat Jepun iaitu Hachiko Statue. Lagenda mengatakan bahawa anjing yang bernama Hachiko ini setia menunggu kepulangan tuannya di hadapan stesen keretapi Shibuya setiap hari walaupun selepas tuannya itu meninggal dunia.

5. Meiji Shrine

tempat-wajib-pergi-tokyo  tempat-wajib-pergi-tokyo

Meiji Shrine dibina khas untuk Maharaja Meiji dan siap dibina pada tahun 1920. Semasa perang dunia kedua tercetus, kuil ini mengalami kerosakkan namun diperbaiki semula selepas itu. Meiji Shrine adalah antara kuil yang paling popular di Jepun. Pada 1 haribulan Januari setiap tahun, kuil ini akan dilawati oleh hampir 3 juta orang untuk menunaikan solat pertama (hatsumode). Kuil ini juga terkenal dalam kalangan pasangan kekasih sebagai tempat untuk mengadakan upacara perkahwinan tradisional yang dikenali sebagai perkahwinan Shinto.

6. Yoyogi Park

tips-tempat-menarik-tokyo  tips-tempat-menarik-tokyo

Yoyogi park adalah taman yang terbesar di Tokyo dan amat terkenal sebagai tempat untuk beriadah dan berkelah bersama keluarga. Di taman ini terdapat pelbagai tarikkan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Taman ini terletak bersebelahan dengan Meiji Shrine dan pengunjung akan dapat menikmati pemandangan Yoyogi Park yang cantik sepanjang perjalanan hendak ke Meiji Shrine.

7. Akihabara 

tips-tempat-menarik-tokyo  tips-tempat-menarik-tokyo

Akihabara terkenal dengan pelbagai kedai elektronik. Selain itu, Akihabara juga merupakan syurga bagi penggemar anime dan manga. Antara tarikkan utama yang unik di Akihabara ialah Maid Cafe, Gundam Cafe dan AKB48 Cafe and Shop.

8. Gunung Fuji 

tips-gunung-fuji  tips-gunung-fuji

Gunung Fuji adalah gunung yang tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3,776.24 m (12,389 ft). Gunung Fuji amat terkenal di dunia kerana bentuk puncak gunung yang hampir sempurna dan sekata menyerupai bentuk cone. Di sekeliling Gunung Fuji terdapat 5 tasik yang cantik iaitu Tasik Kawagushiko, Tasik Saiko, Tasik Tamanakako, Tasik Shojiko dan Tasik Motosuko.

9. Odaiba

tarikkan-di-tokyo  tarikkan-di-jepun

Odaiba adalah pulau buatan manusia yang terletak di Tokyo Bay. Odaiba bermaksud kubu dan telah dibina pada zaman dahulu dengan tujuan untuk mempertahankan Tokyo daripada serangan musuh. Namun kini Odaiba telah diubah suai menjadi destinasi pelancongan, hiburan dan pusat beli-belah. Di Odaiba terdapat pelbagai rekaan banggunan yang menarik dan canggih.

10. Tokyo Skytree

tempat-menarik-di-jepun  tempat-menarik-di-jepun

Tokyo Skytree adalah menara penyiaran televisyen dan merupakan mercu tanda bandar Tokyo. Menara ini adalah menara tertinggi di Jepun dan juga menara kedua tertinggi di dunia pada ketika siap dibina dengan ketinggian 634 meter. Terdapat dua dek pemerhati di menara ini iaitu pada ketinggian 350 meter dan 450 meter. Pengunjung berpeluang untuk menikmati keindahan pemandangan 360 darjah bandar Tokyo yang amat mempersonakan.

11. Harajuku dan Omotesando

tempat-pelik-di-jepun  tempat-cantik-di-jepun  tempat-murah-di-jepun

Harajuku merupakan pusat peragaan fasyen remaja yang paling extreme di Jepun. Di sini terdapat banyak butik pakaian yang terkenal yang menjual pelbagai jenis pakaian yang unik dan aneh. Setiap minggu pada hari ahad, golongan remaja di Jepun akan berkumpul di Takeshita Street, Harajuku sambil mengenakan pakaian costume seperti cosplay yang mengerupai watak anime, ahli muzik punk dan sebagainya. 

Omotesando pula adalah merupakan jalan pejalan kaki sepanjang 1 kilometer yang merentasi Harajuku hingga Meiji Shrine. Omotesando terkenal dengan reka bentuk seni bina banggunan yang unik dan menakjubkan.

12. Ueno

taman-sakura-jepun  zoo-negara-jepun
  
Di Ueno terdapat pelbagai muzium seperti Tokyo National Museum, National Museum for Western Art, Tokyo Metropolitan Art Museum dan National Science Museum. Bagi individu yang gemar akan sejarah, budaya dan kesenian, Ueno adalah tempat yang wajib anda lawati. Selain itu, di Ueno juga terdapat Ueno Zoo yang merupakan taman zoologi pertama di Jepun. 

13. Shinjuku

bandaraya-jepun  restoran-robot-jepun

Shinjuku adalah merupakan antara 23 bandar utama di Tokyo. Shinjuku terkenal sebagai pusat beli-belah, hiburan dan perniagaan. Stesen keretapi Shinjuku merupakan stesen keretapi yang paling sibuk di dunia. Antara tarikkan utama di Shinjuku adalah Metropolitan Government Office, Kabukicho Red Light District, Shin-Okubo Korean Town, dan pelbagai pasaraya besar seperti Isetan, Takashimaya, Odakyu Department Store, Keio Department Store dan Big Camera.

14. Roppongi

pemandangan-cantik-di-jepun  

Roppong merupakan tempat yang terkenal untuk melihat pemandangan keseluruhan Tokyo daripada dek pemerhati Roppongi Hill. Antara tarikkan utama di Roppongi ialah Mori Tower yang merupakan banggunan tertinggi di Roppongi. Selain itu, terdapat juga Mori Art Museum dan Mori Garden berdekatan dengan Mori Tower.

No comments:

Post a Comment